Beritahu kami situasi bisnes anda.

Isi maklumat ringkas ini. Sistem akan sediakan mesej WhatsApp automatik supaya anda boleh terus hantar kepada team kami.

Maklumat ini hanya digunakan untuk memahami keperluan awal sebelum kami cadangkan langkah seterusnya.

Edit Template

Bayar Belanja Peribadi Guna Akaun Bisnes, Boleh Tolak Cukai?

“Akaun bisnes yang bayar. Jadi boleh masukkan sebagai perbelanjaan bisnes, kan?”

Tidak semestinya.

Antara kesilapan yang mudah berlaku apabila pemilik perniagaan menggunakan akaun bisnes untuk membayar pelbagai perkara. Malah menganggap setiap duit yang keluar daripada akaun tersebut boleh terus dijadikan perbelanjaan perniagaan.

Untuk tujuan cukai, apa yang lebih penting ialah tujuan sebenar sesuatu perbelanjaan, bukan semata-mata akaun bank mana yang digunakan untuk membuat bayaran.

Duit keluar dari akaun bisnes belum tentu belanja bisnes

Secara umum, perbelanjaan yang dilakukan kesemuanya dan semata-mata untuk menghasilkan pendapatan perniagaan boleh dipertimbangkan sebagai perbelanjaan yang dibenarkan. Sebaliknya, perbelanjaan peribadi atau domestik tidak dibenarkan sebagai potongan dalam menentukan pendapatan perniagaan.

Contohnya, pemilik menggunakan akaun bisnes untuk membayar:

  • Barang dapur keluarga
  • Bil peribadi
  • Percutian keluarga
  • Pembelian barangan untuk kegunaan sendiri
  • Perbelanjaan anak

Walaupun pembayaran dibuat menggunakan wang daripada akaun perniagaan, ia tidak secara automatik menjadi perbelanjaan yang boleh ditolak untuk tujuan cukai.

Perbelanjaan tersebut perlu dikenal pasti sebagai transaksi peribadi dan diasingkan daripada perbelanjaan sebenar perniagaan.

Sebaliknya, perbelanjaan seperti sewa premis, gaji pekerja, alat tulis atau perbelanjaan lain yang benar-benar berkaitan dengan penghasilan pendapatan perniagaan boleh mempunyai kedudukan yang berbeza.

"Perbelanjaan yang dilakukan kesemuanya dan semata-mata untuk menghasilkan pendapatan perniagaan"

Bila transaksi peribadi dan bisnes bercampur

Masalah biasanya bermula apabila pemilik melihat akaun bank bisnes sebagai “duit sendiri”.

Contohnya:

Jualan masuk RM20,000.
Pemilik gunakan RM3,000 untuk belanja keluarga.
Kemudian keseluruhan RM3,000 direkod sebagai “expenses”.

Jika ia sebenarnya perbelanjaan peribadi, merekodkannya sebagai perbelanjaan bisnes boleh menyebabkan keuntungan perniagaan kelihatan lebih rendah daripada kedudukan sebenar.

Sebab itu setiap pembayaran perlu mempunyai penerangan dan dokumen sokongan yang jelas.

HASiL juga menyatakan bahawa pembayar cukai bertanggungjawab melaporkan pendapatan dan perbelanjaan serta menyimpan rekod, dokumen dan helaian kerja selama tujuh tahun bagi tujuan pengauditan.

Bagi perbelanjaan yang bercampur antara peribadi dan perniagaan, bahagian berkaitan perbelanjaan perniagaan perlu dikenal pasti dengan munasabah dan disokong dengan rekod yang sesuai.

Ia lebih teratur jika antara duit pemilik dan duit perniagaan dipisahkan dari awal perniagaan dijalankan, ia akan memudahkan proses penyediaan akaun serta pengiraan cukai.

Kesimpulan

Bayar menggunakan akaun bisnes tidak bermaksud sesuatu perbelanjaan terus layak ditolak cukai.

Perkara utama ialah untuk apa wang tersebut dibelanjakan.

Jika ia benar-benar berkaitan dengan aktiviti menghasilkan pendapatan perniagaan, kedudukannya boleh dipertimbangkan mengikut peraturan cukai.

Jika ia sebenarnya untuk kegunaan peribadi, ia perlu diasingkan.

Akaun bank menunjukkan siapa yang membayar. Tetapi tujuan perbelanjaan akan menentukan bagaimana ia perlu diambil kira.

"Pematuhan yang baik bermula dengan kefahaman yang betul."

Perlukan bantuan menyusun akaun dan cukai?

Kami membantu pemilik perniagaan menyediakan akaun, menyemak pendapatan serta perbelanjaan dan menguruskan pelaporan cukai dengan lebih teratur.

Hubungi kami untuk mendapatkan semakan awal berkaitan akaun dan cukai perniagaan anda.

Nota Peringatan:

Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat umum. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerugian yang timbul akibat tindakan atau keputusan yang dibuat berdasarkan maklumat yang terkandung di dalamnya. Dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang tindakan berdasarkan kandungan artikel ini tanpa mendapatkan nasihat dari profesional yang bertauliah.

Previous Post
Next Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Khidmat perakaunan dan percukaian untuk membantu SME Malaysia mengurus rekod, laporan kewangan dan pematuhan dengan lebih tersusun.

Address

No. 2-2, Tingkat 2,

Jalan Putra 2,

Taman Putra Kajang,

43000 Kajang, Selangor

© 2024 – 2026 WVH Business Consultant Sdn Bhd. Hak cipta terpelihara.